Wednesday, 22 June 2011

3 Hari 2 Malam

5 Jun 2011, 9:30 pagi bertolak dari rumah ke stesen bas (Shahab Perdana)...agak ramai jugak orang di situ...so, kena membuka mata dengan seluasnya untuk mencari di mana kawan aku ni...sememangnya aku adalah orang yang paling lambat sampai daripada kawan-kawan aku yang lain...haha...sebab bangun lewat ja...kami pun terus mencari bas untuk dinaiki segera...tambang bas ke Perlis ialah RM5.30..kami mengambil tempat duduk yang paling belakang sekali...tetapi malangnya sebelah aku pula ada seorang lelaki yang berkelakuan aneh (mengangkat kaki, mengeluarkan bunyi yang pelik)...argghhh...risau sangat, nasib baik tidak menggangu aku langsung...
dalam bas Maraliner
Dalam kesibukkan bercerita masing-masing, tidak terperasan pula yang kami sudah sampai ke destinasi yang hendak di tujui...biasalah sudah lama tidak ketemu...tetapi kawan aku yang seorang ni,cik saera sempat lagi tidur dalam bas tu...hehe...

Bas yang kami naiki itu telah sampai ke Bukit Lagi...dengan pantas aku menelefon kawan aku,cik zahid yang menetap di sana untuk menyuruhnya mengambil aku dan kawan-kawan aku lah...huhu...berkatanya "tunggu sekejap tau, aku kat pasar tani ni" cakap cik zahid...

Beberapa minit kemudian, tibalah cik zahid membawa kereta kancilnya...tanpa segan silu kami pun menaik kereta yang dipandu oleh cik zahid tu...hihi...kami singgah ke rumah dia dulu sebelum pergi kenduri kakak kawan aku jugak,cik fiza...
driver cool
Kami pun terus menuju ke bilik cik zahid bagi menyiapkan diri (seterika pakaian yang hendak dipakai, mekap setebalnya)...memakan masa yang agak lama jugak...fuhh..!!mengalahkan penggantin je...hoho...tetapi sebelum bergerak ke rumah kenduri cik fiza, kami disuruh menjamah sedikit makanan yang disediakan oleh maknya iaitu mee bandung...yummy...



Selesai sudah semuanya...bergerak la kami ke rumah kenduri cik fiza tu...lebih kurang 15 minit untuk sampai ke rumahnya...sepanjang perjalanan kami terlihat banyak kenduri kahwin yang dilangsungkan...terlintas di fikiran kami, siapa lah yang akan kahwin dulu??jeng3...aku ka...lalalalala~



Sampai jua akhirnya..!!!dari kangar ke kuala perlis...kami terus menjamu selera, tanpa menggangu kesibukkan cik fiza menguruskan majlis perkahwinan kakaknya...kami terlepas untuk menyaksikan silat, tarian muka topeng yang menakutkan, dan sebagainya...ermmm...

Cuaca kelihatan agak panas terik...so, kami masuk ke dalam rumahnya...waaa...tema penggantin kaler hijau(bukan kaler kesukaan aku)...keke...kami lepak di ruang tamu sambil memerhati orang yang lalu lalang, berbual-bual kosong sesama kami...kami ternampak maknya, dengan bingkas kami bangun menyapanya(salam tangan)...maknya berkata "kawan cik fiza ea"...yup, jawab kami semua serentak...





Kami meminta diri dari rumah penggantin...cik fiza berkata pulak,"malam ni tidur sini tau!!"...insyallah...cik zahid membawa kami bersiar-siar di kuala perlis...fuh..!!!macam-macam ada(kereta kuda, jambatan panjang, gerai makanan)...kiki...jam di tangan menunjukkan pukul 6:45, cik azwa bekerja besok...memang kena balik Alor Star jugak...kami pun tergesa-gesa menuju ke kereta kancil tu, cik zahid pecut kelajuannya takut tidak ada bas pulak...


cik azwa

cik saera

cik zahid

aku la, cik belon




Kami menghantar cik azwa pulang ke stesen bas, tetapi tidak mempunyai bas yang dikehendaki...ish3...macam mana ni??serabut cik azwa memikirkannya...nasib baik ada seorang pemandu bas berumur lingkungan umur 26 ke atas, memberi bantuan untuk menaiki bas yang dia akan bawa ke Perak...nanti dia akan menghentikan bas di Alor Star...kami berasa sedikit risau, zaman sekarang ni boleh ka nak mempercayai orang yang tidak dikenali...ha??...cik azwa berkata,"xpa...aku dah dewasa...pandailah nak jaga diri sendiri"...aku pun berkata kepadanya,"nanti dah sampai rumah,mesej aku ye, jangan tidur atas bas tu(celik mata selalu)"...

Kuranglah kawan aku seorang(tak cukup geng ni)...waduh2...kami kembali ke rumah cik zahid...seharian penat berjalan, mahu berehat dan bersihkan badan...tetapi perut berbunyi(krik3) menyatakan lapar...kami pun keluar lagi, mencari tempat untuk dimakan...nak makan apa??kat mana??...cik zahid membawa ke roundabout kangar...banyak jugak gerai-gerai makanan di situ...

Sesudah kenyang perut masing-masing, kami kembali lagi ke rumah cik zahid...kami berborak-borak, bergelak ketawa, bergurau senda...kiki..tengok-tengok cik saera dah melelapkan matanya...zzzZZ...aku dengan cik zahid membiarkan saja...lantas, aku dan cik zahid menyambung bersembang tadi...tidak sangka pulak asyik bercerita sampai ke pagi(3a.m-4a.m)...

Kebesokkan harinya, 6 Jun 2011...kami merancang banyak tempat untuk dilawati(berfoya-foya)...akhirnya, Bukit Ayer menjadi pilihan kami...on the way, kami dapat melihat Taman Ular, Taman Burung, Ladang Anggur dan Harummanis...kami berasa seronok sangat...hoorey..=)

Bukit Ayer






Setelah puas bermandi-manda, kami menyuruh cik zahid menghantar kami ke rumah cik fiza seperti yang dijanjikan kelmarin untuk bermalam di rumahnya...semasa dalam perjalanan, ternampak pasar malam la...apa lagi(menghentikan kereta)...kami pergi membeli cucuk-cucuk(bebola, ketam dan sebagainya)...kami saling menyuap-yuap makanan...haha...akrab persahabatan kami ni(harap berkekalan ea)...^^



Di rumah cik fiza, kami makan dinner = bihun laksa+air bandung di atas kamar tidur kami sambil menonton wayang(movie kongsi)...dasat2...perut kami teramat penuh...bertambah belon la aku ni...hehe...


pelamin di belakang nun

Kebesokkan harinya pulak, 7 Jun 2011...kami bangun awal pagi tu, menolong mengemaskan rumah cik fiza...rajin kan kami...dah boleh buat menantu nie...huhu...breakfastnya cik fiza memasak mee goreng...rasanya boleh tahan la(masin sikit)...tetapi pandai jugak dia memasak dari aku ni..!!!

Bersiap-siap kami serumah untuk pergi makan kenduri(dua tempat)...aku dengan cik saera ikut ja...hihi...kami menaiki kereta yang dipandu oleh abang cik fiza...makbapak cik fiza dibawa oleh kereta suami kakaknya...bermulanya perjalanan kami dari sini ke sana...kiki...apabila selesai semuanya, mereka membawa ke rumah neneknya cik fiza...hanya sekejap ja kami berada di situ kerana aku dengan cik saera perlu pulang ke tanah air(Kedah)...lalalalala~

Maka dengan itu, berakhirlah 3 hari 2 malam kami di Perlis Indera Kayangan...terbaik..!!!terbaik dari ladang...kekeke...
PERLIS INDERA KAYANGAN


apamacam...
ada bakat penulis x??
akan datang, coming soon.....

2 comments:

  1. wah2 ada bakat ni...lepas ni tulisla novel pulak.. best baca blog ang ni...tp yang xtahan tu super junior ang ka yang tulis? hebat gila english ang..huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha...mema ak tuliss,tp owg len yg karang ayat(copypste)...keke...insyallah law ad rezeki ag...terbitla novel from salsabeela nie...amin...

    ReplyDelete